Sunday, April 26, 2009

Salam Pembuka Kata

Assalamualaikum kepada taulan
Yang muda yang tua yang kurus yang sasa
Marilah kita seiring sejalan
Kayakan budaya perkasakan bangsa

Memulakan kata dengan bismillah
Agar urusan mendapat berkat
Yang silap yang salah tegurkanlah
Wahai kawan jauh dan dekat

Kalau hendak memikat denak
Tunggulah hingga hari dah senja
Aku baru hendak berjinak
Ku cekalkan hati ku redah sahaja

Kalimah diucap membuka kata
Mengubat hati yang sedang pilu
Tersalah cakap maaf ku pinta
Agar hatiku tenang selalu

1 comment:

  1. Alhamdulillah....selamat berblog. Moga-moga kita sama-sama dapat menyumbang kepada bahasa Melayu yang amat kita sayangi ini.

    ReplyDelete