Assalamualaikum kepada taulan
Yang muda yang tua yang kurus yang sasa
Marilah kita seiring sejalan
Kayakan budaya perkasakan bangsa
Memulakan kata dengan bismillah
Agar urusan mendapat berkat
Yang silap yang salah tegurkanlah
Wahai kawan jauh dan dekat
Kalau hendak memikat denak
Tunggulah hingga hari dah senja
Aku baru hendak berjinak
Ku cekalkan hati ku redah sahaja
Kalimah diucap membuka kata
Mengubat hati yang sedang pilu
Tersalah cakap maaf ku pinta
Agar hatiku tenang selalu
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah....selamat berblog. Moga-moga kita sama-sama dapat menyumbang kepada bahasa Melayu yang amat kita sayangi ini.
ReplyDelete